Assalamualaikum semuanya.. kali ni aku nak post pasai rukun solat.. sebab! after this post, aku akn post cara2 nak solat ketika sakit.. sbb apa aku nak post benda ni? sbb aku juga perlukan pengetahuan tentang cara nak solat ketika kita tak mampu berdiri and i really need to know how was our solah would be if we're not doing well. this is actually my extra knowledge laa.. sbb nanti boleh gtau tok aku cara nak solat ketika duduk.. tok aku tak berapa sihat sgt skg ni.. huhu
okay berdasarkan apa yg telah aku search sebentar tadi.. ni yang aku jumpa.. rukun solat ada 13.. dan maksud2nya ialah... :-
Rukun sembahyang ada 13 semuanya :
1. Berdiri betul - Kalau kita tak mampu...kita boleh sembahyang dalam keadaan duduk, tapi kalau tak larat nak duduk baring pun takpe.
2. Niat - Lafazkan masa angkat takbiratul ihram. Jangan lupe tu.
3. Takbiratul Ihram - Ucapkan Allahuakhbar (Allah Maha Besar)
4. Al Fatihah - Mulakan dengan bismillah, habiskan dengan Waladhaallinn...
5. Rukuk + Thumakninah - 90 darjah ye bongkok, jangan bongkok malas malas.
6. Iktidal + Thumakninah - berdiri dengan betul selepas rukuk
7. Sujud 2 X dengan Thumakninah - Membongkok dengan dari paras lantai.
8. Duduk antara dua sujud dengan Thumakninah - Duduk kejap lepas sujud yang pertama, yang baca robbirfirghli tuuu...
9. Duduk Tahaiyat Akhir - Haaa, tahaiyat akhir ni kene buat ni !
10. Membaca Tahaiyat Akhir - Jangan lupa baca bacaan tahaiyat akhir okay...
11. Membaca Selawat - kita bacakan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Bila nih? Waktu Tahaiyat laaa.
12. Bagi Salam - Memalingkan muka ke arah kanan dan kiri sambil beri salam. Sejahteralah ke atas kamu.
13. Tertib - ikut aturan dan turutan , perkara lain selain dalam rukun ini dinamakan sunat.
Bagaimana jika kita tertinggal satu perkara dalam solat :
Kalau kita terlepas tahaiyat awal dalam solat kita, setahu aku tak salah. Sebab ia bukan dalam rukun solat. Rukun solat perlu ada Tahaiyat Akhir...
Kalau kita rasa kita lupa buat salah satu rukun sembahyang, kita perlulah buat sujud sahwi, sesesudah tahaiyat tapi sebelum kita bagi salam.
Maksud Dan Bacaan Sujud Sahwi : Sujud sahwi dilakukan pada penghujung rakaat yang terakhir, yaitu sesudah tahiyyat dan sebelum salam. Bersujud sambil mengucapkan "Allaahu Akbar" dan dalam sujud membaca: Subhaanalladzi laa yanaamu walaa yansaa (3x) "Maha suci Allah yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa"
oh lupa.. ucapan terima kasih kepada blogger yang bg info ni kat aku.. sangat bagus! terima kasih :)
till then


No comments:
Post a Comment