About Me

My photo
Assalamualaikum and Hi.. I'm Farah. dont judge me. thats it. thank you bye. bhahaha. :D

Wednesday, May 16, 2012

Happy Teacher's Day !


Assalamualaikum...
hari ni 16 May 2012. Hari Guru buat semua pendidik2 kat dunia ni..
Kata Dato’ Dr Fadzilah Kamsah “Seseorang yang ingin cemerlang dalam apa jua bidang pun mesti ada guru dan mesti berguru”..
yess... aku totally agree dgn statement di atas! tanpa guru, tidak lah aku masuk ke universiti dan mengambil jurusan sains ni.. hihi.. tak kisah la jurusan apa pun tapi yang pasti semua orang ada guru. dan jasa2 guru haruslah dikenang.. di kesempatan ini aku nak mengucapkan ''Selamat Hari Guru'' buat semua cikgu2 yang pernah mengajar, memarahi, mendenda saya.. terima kasih cikgu. :') kalau cikgu tak buat mcm tu kat saya, saya tak masuk U dah kot. hihi.. Doa saya kepada guru2 yg penah ajar saya dari Tadika Children's Corner, SK Taman Uda, SMK Sultanah Bahiyah, dan UiTM Arau, Perlis.. ''Semoga hidup cikgu2 diberkati Allah SWT..semoga panjang umur..murah rezeki selalu yaa cikgu..'' always pray for you all. :)
semalam aku bukak facebook, tgk noti ada kawan aku, Aina tagged nama aku dlm wish selamat hari guru..aku sedikit rasa terharu sbb cikgu BM time aku form5 dulu masih ingat kat aku..haha.. ni buktinya! hihi


:') terima kasih cikgu masih ingat saya terharu!walaupun setiap hari kelas dia aku kena aim sbb mai sekolah paling lewat! haa muka ni lah! ►_◄ *muka tak malu! pastu markah exam BM aku teruk..selagi tak dapat A, kena beletiaq selalu ngn dia..and yg paling tak boleh dilupai, denda yang paling tak penah cikgu2 lain buat dia buat. haha. nak tau apa? KETUK KETAMPI SETENGAH (MATI) haha. ''mati'' tu aku buh dlmkurungan sbb mmg rasa mcm nak mati ja bila setiap hari kalau ada kelas BM, semua kena ketuk ketampi setengah sampai sakit taqik mengkaqung.. hahaha.. bak kata kawan aku, Zati Iwani.. :D sbb dia denda kami semua mesti lah sbb tak buat karangan 5 Bintang dia tu, tak buat mind map KOMSAS, tak buat soalan Trial Exam time SPM dulu. HAHA. tapi efek dia sangat lah hebat sbb satu kelas aku, semua BM dapat A+ and A dalam SPM 2009! perghhhh. cikgu Ku Zam mmg hebat kan? sangat hebatt okay! duk ceta pasai dia saja..meh sini aku nak tunjuk cikgu Ku Zam yg disayangi oleh semua anak2 muridnya...

ini dia.. :D ops! soryyy cikgu saya curik gambaq cikgu dalam facebook cikgu. huhu. haaa cikgu ku zam aku tu yang kanan sekali.. hat paling kecik molek.. haha.. dia ni dulu kalau kat sekolah payah betoi nak senyum.. kedekut nak senyum..tp dalam hati lembut.. :) actually, byk lagi cikgu2 ustazah2 yang masih aku ingat smpai sekarang sbb2 tertentu.. tapi panjang plak nnti post ni.. tak larat nak tulis.. hihi.. tak lupa jugak teacher English aku time Form 1 smpai Form 3 dia ajaq aku.. here lemme introduce to you my fav English teacher..

ini diaa.. Puan Rohaya Che Din.. tu gambaq dia dgn husband dia.. sorryy lg skali teacher, saya amik gmbaq teacher kat your facebook.. :p kalau depa tau aku amik gmbaq depa senyap2 ceni.. mampus kena marah dah apa.. haha..
okay lah setakat tu ni ja aku boleh share pasal my fav teachers.. selamat hari guru juga buat semua pendidik2 dalam dunia ni.. may Allah bless :)

No comments:

Post a Comment