okay seperti yang dijanjikan.. lepas dah tau apa rukun2 solat aku dah cakap nak post cara solat ketika sakit in case nanti kita dah tua or kita jatuh sakit or hamil.. kita tak mampu nak berdiri, so kita boleh solat dgn beberapa cara.. marilah kita teropong beramai ramai.. heheee... :))
1. Solat Ketika Duduk
-okay first sekali mestilah kita kena amik wuduk dulu kan.. yang ni wajib.. kalau tak amik tak sah lah solat kita kan.. :)
- dah amik wuduk, hampar sejadah ikut arah kiblat.
- keadaan duduk kita adalah seperti duduk antara 2 sujud sambil mengadap arah kiblat. tau kan? =]
- Niat, takbir, sujud dan duduk tahiyat awal/akhir adalah seperti biasa. (menggunakan tangan lah mcm solat biasa)
Okay kalau nak rukuk macam mana pula? kita tak mampu berdiri kan. jadi...
- Rukuk dilakukan dgn menundukkan kepala sehingga kedudukannya bertentangan dengan tempat sujud..
- Iktidal pula dilakukan dengan mengangkat kepala tegak semula
- Sujud seperti biasa tapi bila dah tak mampu nak sujud, boleh dilakukan dengan cara menundukkan kepala bawah sedikit daripada tunduk ketika rukuk.
2. Solat Ketika Baring Mengiring (Kanan)
- Mengiring di atas rusuk kanan dan muka & dada mengadap ke kiblat
- Rukuk dan sujud dilakukan dengan isyarat kepala. sama juga seperti cara solat ketika baring. iaitu, rukuk hendaklah menundukkan kepala bertentangan dengan tempat sujud manakala sujud dilakukan dengan menundukkan kepala lebih bawah daripada tunduk ketika rukuk.
- jika tak mampu juga, boleh menggunakan isyarat kelopak mata bagi rukuk. manakala menutup mata bagi sujud. :)
3. Solat Ketika Baring Melentang
- Baring melentang dan kaki diluruskan ke arah kiblat.
- Tinggikan sedikit kepala dengan bantal supaya muka kita mengadap kiblat.
- Rukuk dan Sujud dengan isyarat kelopak mata seperti solat ketika mengiring.
- Jika tak mampu juga, bolehlah rukuk dan sujud dgn cara niat di hati dan di dalam fikiran mengingati segala perbuatan ketika solat.
- Tangan diangkat seperti biasa ketika takbir. Jika tak mampu juga, boleh mengucapkan Allahu akbar sahaja. :)
Alhamdulillah.. sedikit info aku dapat hari ni dan aku share dalam blog ni. =)) sangat mudah kan cara solat ketika sakit? insyaAllah kita boleh amalkan kalau2 suatu hari nanti kita jatuh sakit.. bacaan semua sama.. yang bezanya hanyalah kedudukan.. dan caranya sangat lah mudah kan? kalau suatu hari nanti deberi rezeki oleh Allah SWT, aku dapat ke mekah.. mungkin kita boleh lihat tatcara jemaah2 dari pelbagai mazhab bersolat kan..aku ikut mazhab Syafie..kalau mazhab lain mungkin caranya berbeza dan ayat2 yang kita baca tidak harus dibaca bagi mazhab lain..wallahu'alam..oklah lastly terima kasih juga Mr.Google and buku yang aku baca..
till then, farah.


No comments:
Post a Comment